Bagaimanakah pemeliharaan dan pemuliharsaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia?
Di negara kita terdapat banyak bangunan bersejarah yang amat bermakna dan unik. Ini membuktilah terdapat banyak peristiwa bersejarah pernah berlaku di sejarah Malaysia. Bangunan bersejarah yang dibina di Melaka seperti A’Famosa telah membuktikan jajahan Portugis. Terdapat banyak bangunan bersejarah yang dibina untuk agama-agama pelbagai kaum seperti Kek Lok Si dan Khoo Kong Si. Semua bangunan tersebut juga ada ceritanya sendiri.
Pada masa kini, banyak bangunan bersejarah yang bermakna telah buruk dan usang. Terdapat banyak daripada bangunan tersebut juga dirobohkan untuk membina hospital, pusat membeli-belah dan juga sekolah demi perkembangan negara. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya biarkan bangunan-bangunan ini terus lenyap dari negara kita. Oleh sebab itu, kita haruslah memelihara dan memuliharakan bangunan bersejarah yang bermakna tersebut supaya bangunan-bangunan tersebut tidak lenyap begitu juga.
Jika bangunan-bangunan bersejarah tersebut dipulihara dan dipeliharakan, kecantikan dan keunikannya akan menarik perhatian rakyat. Ini akan menjadikan mereka ingin tahu bahawa sejarah bangunan tersebut dan dapat memupuk semangat cinta akan bangunan ini dan bersyukur sebagai warganegara Malaysia (U.P.1). Di samping itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan-bangunan bersejarah di Negara kita juga dapat pemujian pelancong asing. Apabila rakyat Malaysia mendengar pujian tersebut, mereka akan berasa amat bangga dan lebih menyayangi bangunan-bangunan tersebut. Ini juga dapat mewujudkan rakyat Malaysia yang sanggup menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa (U.P.2).
Selain itu, ini juga dapat menyatukan rakyat Negara kita dengan memulihara dan memeliharakan bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia. Kita boleh memelihara dan memulihara bengunan tersebut bersama-sama tanpa mengira pelbagai kaum, dengan itu dapatlah memupuk semangat bersatu padu dan berharmoni (U.P.3). Kita juga harus memelihara dan memulihara bangunan-bangunan bersejarah untuk kebaikan generasi kita yang akan datang. Fakta bersejarah yang dipelajari mereka akan membolehkan mereka bertindak wajar (U.P.4) dan tabah menghadapi cabaran (U.P.5) supaya Malaysia tidak dijajah oleh Negara asing lagi.
No comments:
Post a Comment