a. Reka bentuk pelan
The Eastern and Oriental Hotel merupakan sebuah hotel yang bercorak budaya tradisional barat. Hotel ini menpunyai empat tingkat dan adanya 101 buah bilik yang mempunyai kemudahan seperti air panas dan air sejuk, telefon yang individu, televisyen, meja tulis, pendingin hawa dan bilik mandi. Hotel ini juga mempunyai sebuah kolam renang, sebuah bilik senaman yang mempunyai perkhidmatan gim dan sauna, sebuah taman yang menghadapi laut yang berpandangan cantik. Ia juga mempunyai satu dewan tari-menari yang membolehkan 400 orang masuk ke dalam. Hotel ini juga mempunyai restoran yang menghidangkan makanan yang mempunyai keistimewaan luar Negara. Contohnya, ‘Sarkies Corner’, ‘The 1885’, ‘The Bakery’, ‘Farquhar’s Bar’, ‘Palm Court’, ‘Verandah’ dan ‘The Deck’. Hotel ini terdapat banyak bilik yang berbeza iaitu Bilik Georgetown, Bilik Mewah, Bilik Utama, Bilik Selat dan Bilik Penulis.
b. Bahan binaan
Bangunan ini bercorak barat. Batu bata dan simen merupakan bahan utama yang digunakan untuk membina hotel ini. Antara bahan pembinaan yang lain merupakan batu bata , batu marmar, genting , pasir cerucuk , besi , kayu balak , kaca , komkrit , cat yang berwarna putih dan sebagainya Bumbung tempat pertedungan yang terdapat di tempat letak kereta hotel dibuat daripada kaca dan tiangnya dibuat daripada besi yang kukuh dan keras. Terdapat ukiran yang istimewa dan cantik telah digunakan untuk menghiaskan tiang itu. Pintu hotel ini dibuat daripada kayu dan kaca yang berkualiti baik dan kayu tersebut telah dicat dengan cat yang berwarna putih. Kayu merupakan bahan yang paling utama untuk menghiaskan hotel ini, contohnya, tangga yang terdapat dalam hotel ini telah dibuat daripada kayu yang berkualiti dan selalu dikilatkan. Selain itu, lantainya dibuat daripada marmar dan jubin yang mahal dan cantik. Walaupun bangunan itu sudah mempunyai sejarah yang lama namun keadaan bangunan itu masih kekal dan kukuh.
c. Hiasan dalaman
Bangunan yang saya mengaji iaitu The Eastern and Oriental Hotel mempunyai penbagai jenis hiasan dalaman yang unik dan bermakna. Terdapat sebuah air pecut buatan manusia yang unik dan cantik terletak di luar bangunan. Di ruang depannya terdapat beberapa set sofa. Bumbung sana juga sangat istimewa kerana ia mempunyai satu lubang yang dipercayai untuk menambah keterangan di ruang depan itu. Kaunter yang terletak di dalam lobi untuk mendaftar itu memang istimewa kerana ia telah digunakan selama masa yang panjang. Beberapa restoran yang terletak dalam tingkatan satu, seperti ‘Sarkies Corner’ yang menawarkan buffet dan makanan tempatan, ‘The 1885’ , sebuah restoran yang menghidangkan makanan kontemporari dan makanan tradisional, minuman wain yang import dari luar negara juga merupakan keistimewaan restoran ini. Di samping itu, ‘The Bakery’ yang disebutkan sebagai ‘the meeting place’ di hotel itu juga merupakan sebuah restoran yang menjual roti, pai, kuih-muih dan minuman seperti kopi dan teh. ‘Farquhar’s Bar’ pula merupakan tempat untuk beristirahat selepas kerja. Ia menghidangkan minuman alkohol. ‘Verandah’ merupakan restoran yang berdekatan dengan laut, kita boleh memandang pandangan laut yang cantik itu sambil menikmati makanan yang lazat. Selain itu, ‘The Deck’ yang terletak di tepi kolam renang menghidangkan makanan ringan dan minuman. Bukan begitu sahaja, hotel ini juga mempunyai sebuah restoran yang dinamakan “Palm Court”. Ia menghidangkan minuman teh, minuman kopi, skon dengan krim, jem ‘Scottish’, roti dan kek yang amat sedap dan lazat. The Eastern and Oriental Hotel mempunyai sebuah ruang tari-menari yang amat besar sehingga boleh memasuki 400 orang. Sebuah kolam renang yang besar juga disediakan di tepi pantai untuk peginap untuk berenang dan merasai matahari dan cuaca di Pulau Pinang. Bilik mewah tersebut dibahagi kepada lima jenis dan dinama dengan nama yang berbeza . Antaranya ialah Bilik Georgetown, Bilik Mewah, Bilik Utama, Bilik Selat dan Bilik Penulis. Keluasan kelima-lima bilik mewah ini adalah antara 58 sqm hingga 135sqm. Banyak kemudahan telah disediakan dalam bilik tersebut. Antaranya ialah meja tulis, sofa, kerusi sander, meja kecil, televisyen , radio, bilik mandi yang mempunyai pancuran dan tab mandi, permaidani yang cantik dan lembut dan sebagainya . Selain itu , semua bilik mempunyai sistem penyaman udara dan sebuah kipas yang supaya pelancong-pelancong tidak akan berasa panas . Surat khabar , selipar dan
pencelup rambut disediakan di dalam semua bilik. Oleh itu , bilik yang terdapat dalam Eastern & Oriental Hotel mempunyai kemudahan yang lengkap bagi
pelancong-pelancong supaya mereka akan berasa selesa ketika bermalam di hotel ini.
d. Kegunaan dahulu dan sekarang
Semenjak penubuhan bangunan ini, bangunan ini digunakan untuk menjadikannya sebuah hotel yang memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada pelancong asing dan penginap. Kegunaannya dari dahulu dan sekarang adalah sama. Di samping itu, kegunaan bangunan ini juga boleh disebutkan sebagai mendapatkan keuntungan.
e. Cara pembinaan
Tambah pula, saya telah mengetahui cara pembinaan bangunan ini dengan memperolehi maklumat dari internet. Mengikuti maklumat yang diperolehi, banyak sumber tenaga manusia dan masa telah digunakan untuk membinakan bangunan ini. Semasa proses pembinaan, banyak sumber tenaga manusia telah digunakan. Ia dibina oleh beberapa jurutera dan pengukir yang terkenal. Banyak pekerja juga terlibat dalam pembinaan bangunan ini. Jurutera telah mereka reka bentuk bangunan ini manakala pengukir yang berpangalaman bertugas untuk mengukir ukiran yang istimewa dan bercorak barat pada dinding, tiang, tingkap dan sebagainya. Dalam proses membinakan bangunan yang besar ini, pekerja-pekerja telah menggunakan banyak jentera yang moden dan besar untuk mencepatkan dan memudahkan projek pembinaan yang susah ini. Antaranya termasuklah penyodok, cangkuk, pengorek, trak dan sebagainya. Di samping itu, banyak bahan mentah dan bahan mentah telah digunakan untuk menjayakan projek pembinaan bangunan ini. Antaranya termasuklah simen, bata, marmar, genting, pasir cerucuk, besi, kayu ,kaca, komkrit, cat yang berbagai warna, kayu balak , jubin dan sebagainya. Kaca banyak digunakan untuk dibuat tingkap dan pintu kerana peginap boleh menikmati keindahan pandangan laut yang cantik dari dalaman bangunan. Tiang yang dibuat daripada besi yang kukuh itu dihiaskan dengan ukiran yang diukir oleh pengukir yang cantik dan istimewa. Dengan ini, ia dapat menambah keistimewaan bangunan ini supaya dapat menarik hati peginap. Kayu yang berwarna gelap telah digunakan untuk membuat lantai supaya bangunan ini kelihatan lebih mewah dan bertaraf tinggi berbanding dengan bangunan lain. Cat warna putih banyak digunakan kerana ia dapat menerangkan bangunan ini supayanya kelihatan lebih bersih. hotel supaya kelihatan hotel tersebut akan lebih terang dan cantik . Oleh itu , The Eastern and Oriental Hotel merupakan sebuah hotel yang amat unik dan susah didapati.