Monday, May 11, 2009

latar belakang

Semasa mengumpulkan maklumat untuk kerja kursus ini, saya telah mendapati asal-usul The Eastern and Oriental Hotel. Berdasarkan maklumat yang diperolehi saya memahami bahawa The Eastern and Oriental Hotel merupakan sebuah hotel yang ditubuhkan oleh Armenian Sarkies brothers. Asalnya The Eastern and Oriental Hotel merupakan dua buah hotel yang asing iaitu Eastern Hotel yang ditubuhkan pada tahun 1884 dan Oriental Hotel pada tahun 1885. Kedua-dua hotel ini digabungkan pada tahun 1885 dan ia diberi nama The Eastern and Oriental Hotel. Hotel ini telah menjadi hotel yang terbesar dan terpanjang di Pulau Pinang. Pada masa itu, hotel ini menpunyai 80 bilik yang selesa. Pada tahun 1903, Arshak telah menambah sebuah dewan tari-menari. Pada tahun 1922, Arshak telah mendapat sebuah bangunan yang dibina untuk mengenangi Victory Annexe dan manjadikannya 40 buah bilik bagi hotel ini. Tindakan ini telah banyak membesarkan perniagaan perhotelan mereka. The Eastern and Oriental Hotel telah disebut sebagai ‘The Premier Hotel East of the Suez’ pada tahun 1927 kerana ia mempunyai lebih daripada 100 buah bilik, antaranya terdapat 40 bilik yang mempunyai tandas, air panas, telefon yang induvidu dan mempunyai pandangan laut yang cantik sekali. Malangnya pada tahun 1996, Perang Dunia Kedua telah berlaku dan The Eastern and Oriantal Hotel telah ditutupkan dan telah menukar beberapa orang pengurus selepas kematian Arshak pada tahun 1931. Selepas kira-kira satu abad (100 tahun) hotel ini ditubuhkan, The E&O Group membuka hotel ini semula dan meneruskan perniagaannya sehingga hari ini.

Pengasas hotel ini merupakan Armenian Sarkies brothers yang datang daripada Isfahan di Persia. Armenian Sarkies terdiri daripada Martin, Tigran, Aviet dan Arshak. Mereka telah berjuang dalam bidang perniagaan selama kira-kira lima puluh tahun.

Tigran yang berusia 23 tahun merupakan orang yang pertama untuk berjuang dalam bidang perhotelan. Dia membeli sebuah rumah yang besar dan luas yang terletak di 1A Light Street, dan namakannya Eastern Hotel. Hotel itu mula menyambut pelanggan pada 15 April 1884.

Selepas itu, abang tuanya iaitu Martin mengambil bahagian dalam perniagaannya dan memanggil mereka sebagai Sarkies Brothers. Mereka mendapat sebuah hotel yang diberi nama Hotel de I’Europe yang terletak di Farquar Street yang terletak di satu kawasan yang bermuka laut. Hotel de I’Europe kemudian diberi nama Oriental Hotel. Tigran bertanggungjawab untuk menguruskan Oriental Hotel manakala Martin bertanggungjawab untuk mengurus Eastern Hotel. Aviet yang menyertai mereka tidak lama kemudian telah menjadi pengurus Eastern Hotel.

Pada Ogos 1889, Armenian Sarkies brothers telah menutupkan Eastern Hotel. Tetapi mereka tidak mahu kemesraan dan kebiasaannya lenyap begitu juga, mereka menamakan Oriental Hotel sebagai The Eastern and Oriental Hotel. Nama ringkasannya menjadi E.& O.

Pada tahun 1890, Martin telah bersara ke Isfahan. Pada masa itu, Arshak telah menyertai E.&O. dan mendapat pengalaman pekerjaan yang baik di Raffles Hotel. Hotel Majapahit telah ditubuhkan di Surabaya dan Sarkies Hotel ditubuh di Myanmar , Rangoo pada tahun 1910 .Selepas itu, Tigran bertanggungjawab untuk mengurus Raffles Hotel, Aviet yang lebih berpengalaman telah membuka sebuah hotel yang bernama Sarkies Hotel di Rangoon dan Arshak meneruskan pengurusannya terhadat The Eastern and Oriental Hotel sehingga kematiannya pada tahun 1931.

Selepas menguruskan Raffles Hotel selama 23 tahun, Tigran yang telah sakit berlayar ke England pada November 1910.

Beberapa tahun kemudian, hotel ini telah dibeli oleh The E&O Group dan menghabiskan sebanyak RM 75 juta untuk memulihkan hotel ini. Proses pemulihan ini telah mengambil masa selama lima tahun dan akhirnya dibuka semula pada April 2001.

Tarikh pembinaan yang teliti, saya tidak dapat mendapati. Saya hanya mendapati The Eastern and Oriental Hotel ditubuhkan pada tahun 1885, iaitu selama 124 tahun sehingga ke sekarang.

Hotel ini terletak di lokasi yang amat strategi. Saya dapat mengetahui lokasi hotel ini dengan lebih jelas dengan melawati hotel ini. Alamatnya merupakan 10 Farquhar Street, 100200, Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di Georgetown, satu persilangan di Farquhar Street dan Penang Road. Hotel ini terletak 20 kilometer dari Lapangan Terbang Kebangsaan Bayan Lepas (Penang International Airport). Selain itu, ia juga terletak berdekatan dengan Fort Cornwallis, City Hall dan Muzium Pulau Pinang. Dalam jarak perjalanan, peginap boleh pergi ke kedai kopi, restoran, komplex membeli-belah, disko, gereja dan banyak tempat pelancongan yang terletak di Georgetown.

Tujuan pembinaan bangunan ini merupakan untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada masyarakat, pelancong asing dan peginap dari luar negara. Selain itu, tujuan yang lain merupakan untuk mendapatkan keuntungan. Bangunan ini juga menarik banyak pelancong asing melawat ke Negara kita. Ini juga dapat menambah keuntungan Negara kita. Pengasas-pengasas penubuh hotel ini juga adalah untuk memperluaskan urus niaga mereka . Dengan begitu, mereka akan dapat menguntung pendapatan yang lebih banyak untuk kehidupan mereka.

No comments: